Kerja pembersihan telah dilaksanakan di pusat ini yang terletak di simpang masuk ke Kg Bukit Torak Luar sebagai respon kepada aduan yang diterima.
Sebagai penambahbaikan, tindakan selanjutnya adalah perlu dilaksanakan untuk mengelakkan aduan berulang ;
1. TINDAKAN MAJLIS DAERAH SELAMA (MDS)
a) Memastikan kutipan dilaksanakan tiga kali seminggu oleh kontraktor yang dilantik
b) Menyediakan tong RORO gantian yang terus diletakkan di situ sebaik ambilan dilakukan untuk elak pusat pengumpulan kosong tanpa tong
c) Memanjangkan masalah monyet kepada Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut
2. TINDAKAN KONTRAKTOR
a. Memastikan kutipan dilaksanakan tiga kali seminggu tanpa gagal (Isnin, Rabu, Sabtu)
b. Menambah baik sistem kutipan dan jika ambilan tidak dapat dilaksana, perlu memaklumkan kepada MDS segera
3. TINDAKAN PENGGUNA
a. Memasukkan sampah ke dalam plastik, diikat dan dimasukkan KE DALAM tong. Sampah yang bertaburan lebih mudah berbau, mengeluarkan air dan menarik perhatian binatang. Mohon sangat kerjasama semua.
b. Bantu membuat teguran jika ada ternampak pengguna yang masih tidak memasukkan sampah ke dalam tong.
Untuk makluman, daripada 32 kampung yang ada di Selama, setakat ini hanya 6 pusat yang disediakan kemudahan sebegini untuk kawasan luar bandar (luar kawasan operasi Majlis) di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Ianya akan dinilai daripada masa ke semasa sama ada wajar diteruskan atau dipindahkan ke lokasi lain, sekiranya perlu. Untuk 6 bulan pertama tahun 2023 ini, ianya masih kekal di sini.
Semoga perkhidmatan ini dapat terus dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak demi kebaikan masyarakat setempat. Tambahan Selama juga semakin dikenali kini sebagai lokasi ekopelancongan.
Kebersihan : Tanggungjawab Bersama
Terima Kasih.
MAJLIS DAERAH SELAMA
17.02.2023
#infomdselama