PERARAKAN RIVER CRUISE MERDEKA 2023 SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH SELAMA
10.09.2023
MERDEKA ! مرديك !
1. Pihak Majlis Daerah Selama (MDS) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Selama dan Rakan Strategik Pelancongan Majlis Daerah Selama (RSP-MDS); Nature Eco Adventure telah menganjurkan Perarakan River Cruise Merdeka 2023 Sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke-66 tahun bertempat di Hub Eko Pelancongan, Sg. Siputeh, Ulu Selama.
2. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat ; Pegawai Daerah LMS. Turut hadir ialah Tuan Mustofa bin Aliman, Ketua Pen. Pegawai Daerah Selama dan Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama.
2. Alhamdulillah, penganjuran kali kedua ini mendapat sambutan yang lebih meriah dengan disertai oleh 105 orang peserta merangkumi 15 raft yang terdiri daripada wakil daripada ;
- Pej. Daerah & Tanah Larut Matang dan Selama
- Pej. Daerah dan Tanah Selama
- Majlis Daerah Selama
- Pasukan Ahli Majlis MD Selama
- IPD Selama
- JPS Daerah LMS
- Pejabat Belia dan Sukan Selama
- Pertubuhan Peladang Selama
- individu dan masyarakat sekitar
3. Route yang dipilih adalah sepanjang 6.6 km sebagai simbolik sambutan kemerdekaan yang ke-66 tahun dan program ini juga menjadi platform kepada MDS untuk mempromosi dan menguji lokasi penganjuran Selama Rafting Challlenge Peringkat Kebangsaan 2023 yang dijadual akan berlangsung pada 3 - 5 November 2023, Inshaa-Allah.
4. Terima Kasih تريما كاسيه Nature Eco Adventure selaku RSP-MDS atas cetusan idea ini dan kepada semua yang terlibat menjayakan !
Terima kasih jua diucapkan kepada orang ramai yang sudi hadir memberikan sokongan bukan sahaja di tapak namun di sepanjang laluan sungai bagi memeriahkan lagi perarakan yang berlangsung.
Diharapkan program seperti ini dapat menanamkan lagi semangat cinta kepada negara kita Malaysia.
"Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan "
UNIT PELANCONGAN
MAJLIS DAERAH SELAMA