MAJLIS PERASMIAN SESI JARINGAN STRATEGIK EKOPELANCONGAN SELAMA
sempena LAWATAN LIBURAN SERU LADIES OF LEISURE
daripada Medan & Acheh, Indonesia ke Selama, Perak bertempat di Selama INN (Rumah Rehat Selama)
2. Perasmian disempurnakan oleh Cik Nurmalis binti Musa, CEO Tourism Perak yang mewakili YB Exco Pelancongan Negeri Perak.
3. Turut hadir ialah pegawai-pegawai daripada pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara, Pejabat KPL Negeri Perak, Bhgn Kerajaan Tempatan (UPEN) dan Rakan-ralan Strategik Pelancongan (RSP-MDS).
4. Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS mengalu-alukan delegasi seramai 13 orang yang diketuai oleh Tn Chan Hon Mun, Pengarah Tourism Malaysia Medan. Mereka terdiri daripada ejen pelancongan dan wakil media daripada Acheh dan Medan, Indonesia.
5. Program ini adalah susulan daripada perkongsian yang telah disampaikan oleh Unit Pelancongan MDS (Tourism Selama) dalam undangan Program TM Product Niche Update di Hotel Santika Premiere Dyandra, Medan pada 20 Disember 2022 yang lalu.
https://fb.watch/i6c9euJsAG/
6. Untuk makluman, sepanjang tahun 2022, seramai kira-kira 94,000 orang pelawat telah mengunjungi Selama. Ianya satu angka yang memberangsangkan namun jumlah pelancong asing adalah sangat sedikit.
7. Justeru, program ini sangat signifikan dan bermakna dalam meneroka potensi ekopelancongan Selama untuk diperkenalkan kepada pasaran luar negara yang sangat luas, bermula dari Indonesia.
8. Sepanjang 3H2M mereka di sini, para delegasi akan dibawa untuk merasai keistimewaan lokasi dan aktiviti pelancongan di Selama. Kita berharap pakej-pakej susulan akan kunjung tiba selepas ini.
Semoga segala usaha ini berterusan dan dipermudahkan untuk kebaikan bersama demi kelangsungan ekonomi di Selama khususnya dan negeri Perak amnya.
" Waktu malam bersinar bintang
Hembusan bayu menikam sukma
Kami ucapkan Selamat Datang
Bapak ibu ke bumi Selama "
#tolongjagakebersihan
#infotourism
#infoselama
#7lataselama
#tourismselama
#SelamanyaKampungku