Bumi SELAMA bertuah kerana menerima kunjungan 40 orang ahlli Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (TGA Bumiputera) dari seluruh Malaysia. Selain Taiping, mereka memilih Selama untuk diteroka potensinya bagi program yang berlangsung pada 4 - 6 Mac 2023.
Antara aktiviti ekopelancongan SELAMA yang telah dicuba oleh para peserta adalah seperti berikut :
i. Memanah & Baling Kapak di Laman Sunnah APS, Ulu Mengkuang
ii. Makan Tengahari Selera Kampung di Lata Panggung
iii. Lawatan Warisan Selama : Galeri Keris Pak Din Komando, Sungai Atas Sungai dan Telaga Gergasi
iv. White Water Rafting & Water Confident : Lata Rambung - Hab Eko Pelancongan Ulu Selama
v. Majlis Makan Malam dan Sesi Taklimat bersama Tn Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua bersama Unit Pelancongan MDS @ Tourism Selama
Sekalung Penghargaan تريما كاسيه buat Team TGA.
Jemput repeat ya ! Banyak lagi pakej ekopelancongan Selama untuk diterokai dan semoga lawatan ini akan disusuli kelak dengan kerjasama strategik dan lebih banyak lawatan bersama pelawat selepas ini ke SELAMA.
Kalau ada kelemahan daripada segi layanan kami sepanjang program, ampun dan maaf jua dipinta.
MAJLIS DAERAH SELAMA 9.03.2023
#selamarafting
#7lataselama
#tourismselama