Aktiviti & Berita

PERHIMPUNAN ANGGOTA MAJLIS DAERAH SELAMA BIL.1/2023

24 Jun 2023

Syukur الحمدلله

Majlis dimulai dengan bacaan surah Yassin bagi mendoakan kesejahteraan dan agar dipermudahkan segala urusan dalam perkhidmatan.

Pencapaian 2022 juga disingkap sebagai penghargaan kepada anggota yang terlibat :
1. Pencapaian 5 Bintang Sistem Penarafan KPKT 2022
2. Johan Anugerah Inovasi PBT Perak 2022
3. Johan dan Naib Johan Inter PBT Perak Selama Rafting Challlenge 2022
4. Naib Johan PBT Perak Pengumpulan E-Waste Mengikut Populasi Penduduk sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022
5. Kelima Festival Koir Antara PBT Negeri Perak 2022

Sekalung TAHNIAH sahabat2, Allah jua yang akan membalas segala komitmen kalian.

Ikut Resmi Padi, pesan Tuan Yang Dipertua pada petang berkenaan.

Yang lepas jadi sejarah, cabaran hadapan menanti. Semoga prestasi perkhidmatan dapat terus kita tingkatkan untuk kebaikan masyarakat di Selama. Majlis turut meraikan sambutan hari lahir dan diakhiri dengan Salam Ukhuwwah antara semua anggota.

MAJLIS DAERAH SELAMA
#infomdselama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558