Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
Majlis Daerah Selama (MDS) ingin merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Abdul Wahab bin Hassan yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi atas asbab serangan jantung.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Din Komando, merupakan antara Rakan Strategik Pelancongan MDS (RSP-MDS) yang begitu komited bekerjasama dengan MDS dalam memajukan sektor pelancongan di Selama.
Galeri Keris Allahyarham di Bagan Baru bersama perusahaan membuat sarung keris / parang antara lokasi yang sering dikunjungi dalam pakej lawatan RSP-MDS.
Sumbangan penglibatan terakhir beliau adalah pada 14 & 15 Mac yang lalu ketika bersama-sama menyantuni lawatan delegasi daripada Medan dan Acheh dalam Program bersama Tourism Malaysia Medan di Selama.
Semoga segala sumbangannya menjadi asbab kebaikan dan diangkat sebagai amal Ibadah dan didoakan agar rohnya dicucuri rahmat di kalangan para solehin.
MAJLIS DAERAH SELAMA
17.03.2023
#infoselama
#selamatourism