Usai sudah cuti sekolah.
Musim kenduri pun tamat seketika. Ramai yang telah diijabkabulkan baru-baru ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan ya.
Alhamdulillah, berkaitan post tentang bunga manggar sebelum ini, ramai yang telah bekerjasama membuka kembali bunga manggar yang telah dipasang. Sekalung penghargaan diucapkan. تريما كاسيه Anda Terbaik !
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0qJXuqR4CJnEjU7SVSr37XbjWcpLEB1DHoNDsVZsFNMzESGYzziknCHyy1D4NNfNAl&id=100069042705677&mibextid=Nif5oz
Namun, masih ada yang tidak membukanya kembali dan baru-baru ini satu operasi terpaksa dijalankan untuk membersihkan bunga manggar serta banting penunjuk rumah pengantin yang telah lusuh terutama yang terletak di tengah pekan Selama kerana dibiarkan hampir sebulan, makin reput dan sangatlah mencacatkan pemandangan.
Ada yang berpandangan, tidakkah boleh dikompaun atas kebersihan atau dikeluarkan notis kepada yang berkenaan ? Pihak Majlis Daerah Selama (MDS) setakat ini, menyarankan kepada yang berkenaan, bila dah pasang bunga manggar, mohon sangat jasa baik buka kembali setelah habis majlis. Konsepnya, siapa yang pasang di tempat awam, setelah selesai buka semula tanpa tinggal sisa, simple.
Jangan sampai pula nanti kita terpaksa buat satu ketetapan baru yang kurang mesra ya !
Kita percaya semua warga Selama boleh sama-sama ambil tanggung jawab untuk jaga kebersihan dan keceriaan kawasan kita. Selama makin dikenali, dah semakin ramai yang berkunjung ke sini. Perantau yang balik kampung pun seronok bila persekitaran bersih. Bila semakin ramai, kegiatan ekonomi pun semakin baik. Semoga yang baik-baik sahaja untuk SELAMA yang kita sayangi, أَن يَشَاءَ اللَّهُ
MAJLIS DAERAH SELAMA
19.03.2023
#infoselama
#SelamanyaKampungku