Aktiviti & Berita

MDS SERTAI SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (HLN2023)

24 Jun 2023

Sambutan HLN2023 telah berlangsung pada 10 - 12 Mac 2023 bertempat di Laman Sejahtera, Taman DR Seenivasagam, Ipoh, Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2023.

Majlis Daerah Selama (MDS) turut menyertai HLN2023 dengan hiasan landskap bertemakan 7 Lata dan Ekopelancongan Selama yang turut menerima kunjungan YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada hari perasmian.

Sekalung penghargaan Terima Kasih kepada Unit Landskap MDS yang diketuai oleh En Umar Shahrezad bin Shahabuddin di atas usaha dan komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang menyertai HLN2023.

Urusetia memaklumkan pameran binaan landskap daripada semua PBT ini akan terus dikekalkan untuk pameran sehingga 19 Mac 2023, Inshaa-Allah.

" Kicauan burung mencari makan,
Pengubat resah jiwa raga,
Pembangunan lestari kita impikan,
Alam sekitar indah kan kekal terjaga "

MAJLIS DAERAH SELAMA
12.03.2023

#infomdselama
#7lataselama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558