Aktiviti & Berita

LAWATAN SUSULAN INSPEKTORAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN JABATAN

23 Jun 2023

Sekalung penghargaan تريما كاسيه diucapkan kepada Tuan Hj Mohamad Foudzli bin Abdullah, Pengarah dan pasukan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Perak yang telah hadir ke Majlis Daerah Selama (MDS) pada 28 Mac 2023.

Tujuan lawatan adalah ;
1. Susulan kepada inspektorat pemantauan yang telah berlangsung pada 28 Julai 2023 lalu. الحمدلله MDS telah memperoleh markah 97% dengan tiga teguran, meningkat daripada 74% markah yang diperoleh pada tahun 2017.
2. Memberikan taklimat kepada MDS yang layak dicalonkan bagi menyertai Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan (AKKP2023).

MDS mengucapkan setinggi penghargaan di atas segala teguran dan khidmat nasihat yang diberikan. Komitmen MDS adalah bagi terus menambah baik aspek perlindungan keselamatan di MDS supaya sentiasa mematuhi kehendak Arahan Keselamatan yang digariskan oleh kerajaan.

" Lindungi Aset Negara, Rahsiakan Rahsia Kerajaan "

MAJLIS DAERAH SELAMA
30.03.2023

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak
#infoMdS
#infoselama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558