Aktiviti & Berita

KEJADIAN RIBUT DI SELAMA & FENOMENA FASA PERALIHAN MONSUN

22 Jun 2023

Daripada ‘Aisyah rah berkata: Apabila ada angin kencang bertiup Nabi saw berdoa:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

" Ya Allah! Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang terkandung di dalamnya, serta segala kebaikan yang dibawanya, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan apa yang terkandung di dalamnya serta segala keburukan yang dibawanya "

Dugaan Ramadan tahun ini.
Telah dua petang Selama dilanda hujan lebat bersama angin kencang yang membawa kesan kemusnahan. Ini adalah berkaitan dengan fenomena peralihan monsun.

Jabatan Metereologi Malaysia (MET) pada 20 Mac 2023 lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Fasa Peralihan Monsun ini akan membawa hujan lebat bersama angin kencang dalam tempoh singkat dan fenomena ini dijangka boleh berterusan sehingga pertengahan Mei 2023.

Berikut beberapa insiden dan tindakan yang telah diambil oleh pihak MDS ;

1. 18 kanopi peniaga Bazar Aidilfitri di padang musnah.
Kerja pembersihan telah selesai pada tengah malam 7 April 2023 dan pembekal sedang dlm tindakan pemasangan kanopi baru kerana peniaga sepatutnya mula berniaga Isnin ini. Perubahan di tapak dijangka berlaku kerana kanopi baru akan dipasang pada kawasan yang terlindung, boleh ditambat kukuh dan untuk mengelak laluan angin.

2. Bumbung gerai di Pasar Selama runtuh membabitkan 6 orang peniaga. Kerja pembersihan telah selesai pada 8 April 2023. Kos pembaikan telah dinilai dan peruntukan telah dipohon untuk ianya dibaiki segera bagi membolehkan peniaga yang terkesan dapat berniaga semula dengan selesa.

3. Peniaga di Bazar Ramadan juga ada yg terjejas. Kesan masih dalam penilaian.

4. Banyak pokok yang tumbang dan dahan yang patah. Tindakan pembersihan sedang dijalankan secara berperingkat bersama pelbagai agensi dan kontraktor Puncak Emas Infra Sdn Bhd.

Semoga yang terkesan dengan musibah dapat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.
Sekalung penghargaan تريما كاسيه buat anggota MDS dan semua agensi yang bertugas dalam mengurangkan kesan akibat bencana ini.

Diharap semua pihak dapat terus bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan dalam tempoh fasa peralihan monsun ini, Inshaa-Allah.
Utamakan keselamatan ya !

Terima Kasih

MAJLIS DAERAH SELAMA
9.04.2023

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558