Aktiviti & Berita

INISIATIF JOM HIJAU MDS : PEMASANGAN SISTEM SOLAR BERI PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK KEPADA MAJLIS DAERAH SELAMA

18 Mei 2023

1. Majlis Daerah Selama (MDS) melalui kerjasama strategik bersama Maju Perak Holdings Berhad (MHB) dan United Solar Energy Malaysia (USEM) telah memasang sistem solar berkapasiti 35.25 kW di bumbung pejabat MDS.

2. Pemasangan ini telah selesai pada hujung 2022 dan Alhamdulillah setakat ini telah memberikan penjimatan kepada bil elektrik pejabat MDS secara purata sebanyak 38.2% setiap bulan dalam tempoh Jan - April 2023.

3. Kontrak pemasangan adalah selama 20 tahun dan pihak MDS tidak mengeluarkan sebarang kos bagi pemasangan sistem solar ini dan Inshaa-Allah akan menikmati penjimatan bil sepanjang tempoh tersebut.

4. Penjimatan bil elektrik sebanyak itu juga membawa maksud sebanyak 13,000 batang pokok telah ditanam setiap tahun.

5. Sekalung penghargaan TERIMA KASIH kepada MHB dan USEM di atas kerjasama strategik di atas dan semoga penjimatan yang dinikmati menjadi asbab kebaikan kepada manfaat yang lain.

MAJLIS DAERAH SELAMA
18.05.2023


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558