Fit Test telah dijalankan kepada anggota yang
memakai peralatan respirator untuk aktiviti fogging dan meracun. Penerangan taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menanam kesedaran kepada anggota Majlis supaya memakai peralatan PPE ketika melakukan aktiviti yang terdedah kepada bahan kimia dan bunyi bising. Setiap anggota MDKpr ini juga dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Klinik Kesihatan (Kesihatan Pekerjaan) Greentown, Ipoh untuk memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.