Berita / Aktiviti


TAKLIMAT DAN UJIAN BAGI PERALATAN RESPIRATOR DAN EAR MUFF

TAKLIMAT DAN UJIAN BAGI PERALATAN RESPIRATOR DAN EAR MUFF

26 Oktober 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan sesi Taklimat dan Ujian Peralatan PPE Respirator dan Ear Muff kepada anggota MDKpr. Taklimat telah disampaikan oleh En. Marcus Khor, Pegawai Pemasaran dari Syarikat AM Sales & Marketing Sdn. Bhd. kepada anggota Majlis yang terlibat dengan tugasan memotong rumput, cantasan pokok, meracun dan bancuhan bahan kimia.

Fit Test telah dijalankan kepada anggota yang memakai peralatan respirator untuk aktiviti fogging dan meracun. Penerangan taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menanam kesedaran kepada anggota Majlis supaya memakai peralatan PPE ketika melakukan aktiviti yang terdedah kepada bahan kimia dan bunyi bising. Setiap anggota MDKpr ini juga dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Klinik Kesihatan (Kesihatan Pekerjaan) Greentown, Ipoh untuk memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768