Soalan Lazim
Aduan dan Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Aktiviti & Berita

MAJLIS PERASMIAN CABUTAN BERTUAH AKTIVITI PENGUMPULAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) PERINGKAT MBI TAHUN 2022

14 Disember 2022-Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar telah merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Program Aktiviti Pengumpulan Sisa Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2022 petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Puan Khoo Siow Ling,

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Perak, wakil Pengarah Alam Sekitar Negeri Perak, wakil Pengetua SMK Raja Perempuan, AhliMajlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Aktiviti Pengumpulan Sisa Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh diadakan bagi menjayakan Kempen Pengumpulan Sisa E-Waste oleh Jabatan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak.

Aktiviti ini diadakan sebagai satu pertandingan yang melibatkan 15 PBT di negeri Perak. Di peringkat Majlis Bandaraya Ipoh ianya bermula pada 22 Mei dan tamat pada 30 November 2022.

Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjuarai 2 Kategori Pertandingan Aktiviti Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) iaitu:

i. Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Terbanyak ( 111 Metrik Tan ) dan telah memenangi hadiah wang tunai RM 2500.00 , Sijil dan Trofi.

ii. Kategori Penganjur Program Bilangan Pengumpulan E-Waste Terbanyak (128 PROGRAM ) dan telah memenangi hadiah wang tunai RM 1000.00 , Sijil dan Trofi.

Terdapat 2 buah sekolah dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh juga telah menyertai pertandingan ini dan telah memenangi kategori yang dipertandingkan iaitu:

i. SMK Raja Perempuan, Jalan Batu Bungkal telah menjadi juara untuk kategori Sekolah Menengah untuk Pengumpulan E-Waste Terbanyak;

ii. SK Rapat Setia pula mendapat tempat kedua kategori Sekolah Rendah untuk Pengumpulan E- Waste Terbanyak;

Aktiviti pengumpulan E-Waste adalah salah satu aktiviti permulaaan kepada peralihan pengurusan sisa dari Ekonomi Linear kepada Ekonomi Kitaran. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh juga dalam usaha untuk mengetengahkan dan melaksanakan aktiviti pengumpulan sisa minyak masak terpakai ( ditukar kepada BIO FUEL) , Tayar terpakai dan bahan kitar semula seperti kertas, kad board, plastik, kaca, aluminium. Aktiviti yang dirancang ini juga boleh merancakkan ekonomi dan memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diteruskan supaya sasaran majlis untuk mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG).

Tahun 2023, sejajar dengan sasaran Ipoh Bandaraya Terbersih, pihak Majlis telah mengatur pelbagai program bagi merealisasikan sasaran tersebut, antaranya:

i. Pertandingan Tandas Awam Terbersih – kategori Sekolah Kebangsaan dan Sek Menengah;

ii. Pertandingan Kantin Sekolah Terbersih – kategori Sekolah Rendah dan Menengah;

iii. Pertandingan Kutipan Barangan Kitar Semula Yang Terbanyak antara sekolah.

Bagi menjayakan program ini penglibatan dan kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan semua pengetua serta guru besar sekolah amat diperlukan.

Program dan aktiviti seumpama ini diharap dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan secara holistik seterusnya mencapai sasaran bandaraya Ipoh terbersih menjelang 2023 dan seterusnya menjadikan bandaraya Ipoh sebuah bandar yang mampan dan berdaya huni.

Untuk makluman, Majlis Cabutan Bertuah ini turut disiarkan secara langsung di Facebook MBI bagi membolehkan wargakota Ipoh turut serta dalam majlis ini bagi mengetahui pemenang yang bertuah.

Tawaran hadiah cabutan bertuah yang menarik berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00 yang ditaja oleh Syarikat Edsha Solutions Sdn. Bhd boleh dimenangi dari kalangan 626 peserta yang telah menyertai aktiviti ini sejak 22 Mei 2022 hingga 30 November 2022.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Edsha Solutions Sdn.Bhd. yang telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang aktiviti ini berlangsung serta telah memberikan sumbangan hadiah wang tunai RM10,000.00 bagi menjayakan Majlis Cabutan Bertuah ini.

Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera.

Ewaste1
Ewaste2
Ewaste3
Ewaste4
Ewaste5
Ewaste6

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/02/2023 | Jumlah Pelawat : 38121