-
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
-
Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Tanjong Malim https://www.mdtm.gov.my/index.php/informasi/jawatan-kosong;
-
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kenaikan Pangkat bagi jawatan kenaikan pangkat yang disertakan bersama iklan ini atau dimuat turun melalui laman web MDTM;
-
Permohonan jawatan selain jawatan kenaikan pangkat hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/perjawatan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sampingan yang telah disahkan kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59
35900 Tanjong Malim
5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan sistem permohonan jawatan kosong ini pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Digital Perak di talian 05-5261881.
6. Tarikh tutup permohonan : 30 Ogos 2023 (Rabu)