7 Mac 2023 - Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka Tapah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Roslan bin Mohamed Nazir Yang Dipertua MDT. Ahli-Ahli Majlis MDT juga turut dijemput hadir bagi menjayakan Majlis ini. Seramai 13 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 10 penerima Anugerah Terampil, 3 penerima Anugerah Khas YDP, 6 penerima Anugerah 30 tahun perkhidmatan dan seorang penerima Anugerah Pencapaian Sukan Terbaik telah diberi penghargaan pada Majlis ini.
Syabas dan tahniah diucapkan.