Info Tapah

Tapah merupakan sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padang, negeri Perak, Malaysia. Nama bandar ini diambil dari seekor ikan air segar iaitu "Ikan Tapah" atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu. Orang tempatan berkata nama bandar ini diambil dari loghat Melayu-Perak yang bermaksud "tidak mengapa".

Bandar Tapah terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat simpang ke Pekan (Tapah Road) di sebelah kiri dan ianya boleh sampai ke bandar Teluk Intan. Sungai yang mengalir di pinggirnya ialah Sungai Batang Padang.Tapah juga ada susur masuk ke Lebuh raya Utara Selatan. Hentian Rehat dan Rawat Tapah dibina berhampiran dengan bandar Tapah. Plaza Tol dibina untuk susur keluar ke bandar Tapah. Mereka yang membelok ke kiri boleh pergi ke Cameron Highland yang berbengkang-bengkok (jalan 59), air terjun Kuala Woh dan air terjun Lata Kinjang.


Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558