Mengenai Kami

Cukai Taksiran

Apa itu Cukai Taksiran Harta

Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta didalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV , Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mengapa Cukai dikutip?

Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai :

  • Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok bas, perhentian stesen bas / teksi, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar, jalan, parit dan sebagainya.
  • Perkhidmatan pembersihan perbandaran di kawasan perumahan / perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, potong rumput, pengindahan bandar dan lain-lain.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tapah.
Bagaimana Cukai Taksiran dibuat?
  • Cukai Taksiran dikenakan berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan
  • Nilai tahunan semasa diambilkira berdasarkan kepada aras nilai sewa semasa penyediaan senarai nilaian yang dikuatkuasakan.
  • Kadar tahunan semasa yang diwartakan dikenakan mengikut jenis harta, luas binaan dan kedudukan harta.

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558