Unit Pusat Setempat( OSC )
Info OSC
-
Unit OSC akan menguruskan dengan cekap, teratur dan mematuhi semua peraturan dan berdasarkan kaedah permohonan yang ditetapkan merujuk kepada Manual OSC 3 Plus bagi menerima, menyemak, mendaftar dan mengedar permohonan cadangan pemajuan.
-
Unit OSC juga akan menerima, merekod, mengedarkan penerimaan, pemantauan diuruskan dengan sistematik berdasarkan proses pengurusan CCC yang ditetapkan merujuk kepada Manual OSC 3 Plus.
Fungsi Jabatan
-
Memberi khidmat nasihat perundingan kawalan pemajuan pelaksanaan pusat setempat.
-
Memantau status pemajuan yang telah diluluskan sehingga bangunan layak untuk diduduki.
-
Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa pusat setempat.
-
Menyelaras dan memantau penerimaan permohonan pelan pemajuan bagi pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat.
-
Mengetuai pelaksanaan pusat setempat di pihak berkuasa tempatan selaras dengan keperluan dasar yang ditetapkan.
Aktiviti Jabatan
-
Penerimaan dan penyelarasan edaran permohonan pelan-pelan pemajuan.
-
Mengurusetiakan mesyuarat OSC sebanyak 24 kali setahun.
-
Penyediaan, edaran keputusan mesyuarat dan kelulusan pelan-pelan pemajuan.
-
Notifikasi mula kerja binaan dengan penerimaan, merekod dan mengedarkan borang B (Mula Kerja Tanah dan Kerja Bangunan).
-
Notifikasi Pemeriksaan Interim I dan II (pemantauan tapak bina dan penerimaan serta pengedaran notifikasi pemeriksaan interim).
-
Notifikasi Pemeriksaan Akhir I dan II (penerimaan salinan notifikasi pemeriksaan akhir).
-
Pendepositan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) (penerimaan deposit dan pengedaran CCC).
Read more: Unit Pusat Setempat( OSC )
- Hits: 145