Jabatan Pelesenan

Info


  • Unit Pelesenan dan Sewaan adalah sebuah unit yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen perniagaan, penjaja, sewaan premis kerajaan (gerai/meja pasar/bangunan kedai) dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan Daerah Tapah.
  • Unit ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja, peniaga pasar sehari / malam, lesen minuman keras, lesen pelbagai dan sewaan harta serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh unit ini.

Fungsi Utama


  • Memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan yang merangkumi lesen penjaja, lesen premis, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan lesen pelbagai (bunting/sepanduk, permit perniagaan sementara, bazar Ramadan).
  • Bertanggung jawab memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonan lesen minuman keras, barang lusuh, tadika, taska, snooker, karaoke, penjualan bunga api.
  • Melaksanakan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen terhadap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan.
  • Merancang keperluan dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi.
  • Melaksanakan kutipan hasil melalui Fi lesen, Sewaan Gerai, Meja Pasar dan Bangunan Kedai milik MDT.

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558