NOTIS PEMAKLUMAN LALUAN JALAN SEHALA DI PEKAN SELAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023M/1444H
1. Seperti kebiasaan menjelang sambutan Aidilfitri, pekan Selama dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas disebabkan oleh peningkatan luar biasa jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama pekan. Sambutan pada tahun ini dijangka akan lebih meriah.
2. Justeru, adalah diputuskan sekali lagi kita mewujudkan mekanisme jalan sehala sementara pada tahun ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pekan Selama. Ini berdasarkan keputusan Mesy. Penuh Majlis Daerah Selama (MDS) Bil.3/2023 dan hasil perbincangan bersama di antara MDS dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama.
3. Jalan sehala ini akan berkuatkuasa pada jam 12.00 tengah malam hari Rabu, 19 April 2023 / 28 Ramadan 1444H jam (menjelang pagi Khamis, 20 April 2023) sehingga 1 Syawal 1444H jam 12.00 tengahari. Kawalan bersama akan dilaksanakan oleh pihak MDS dan IPD Selama di poin-poin tertentu.
4. Kerjasama Tuan / Puan dalam mematuhi arahan trafik dan memastikan kelancaran perkara ini adalah amat diharapkan dan dihargai.
MAJLIS DAERAH SELAMA
14 April 2023 / 23 Ramadan 1444