Taklimat telah disampaikan oleh En. Muhammad Mahathir bin Azman, Pen.Peg. Kes. Persekitaran U29, Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr bersama-sama Pn. Masriza binti
Lazarous, PPKPK U32 dan anggota pasukannya. MDKpr sentiasa menggalakkan pelajar sekolah supaya mengamalkan amalan kitar semula bahan seperti sisa makanan yang boleh dijadikan baja kompos untuk digunakan pada tanaman pokok. Selain itu, barangan kitar semula seperti kotak, tin minuman, botol plastik, surat khabar, kertas terpakai dan barangan elektrik (ewaste) juga boleh dijadikan bahan untuk dikitar semula dan buat bahan inovasi bagi kegunaan harian.