Majlis Daerah Kampar menjemput semua pihak terutama peniaga pasar awam bersama-sama hadir ke Program Kebersihan Pasar Awam Mambang Diawan sempena Kempen Pasar Awam Bersih PBT tahun 2023 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 03 Ogos 2023 (Khamis) Masa : 2.00 petang Lokasi : Pasar Awam Mambang Diawan
Kempen ini berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos 2023 selama 3 bulan dan menyasarkan kategori pasar awam yang berada di gred B sebelum kempen. Pelbagai aktiviti dan naiktaraf pasar awam ini sedang dan dalam tindakan.
Majlis berharap semua peniaga pasar awam mengambil bahagian dalam kempen ini dan memastikan kebersihan pasar awam sentiasa dijaga.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak