PROGRAM HARI KELUARGA MDKpr TAHUN 2023 28 Oktober 2023
(Sabtu) Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai, Perak Hari Keluarga MDKpr Tahun 2023 telah diadakan dengan jayanya. Ia merupakan satu usaha dan kesungguhan semua lapisan warga MDKpr dengan menekankan konsep kekitaan dalam kalangan kakitangan di semua peringkat. Pelbagai aktiviti telah disusun seperti sukaneka dan cabutan hadiah bertuah dan lain-lain aktiviti bagi memenuhi aktiviti riadah bersama keluarga serta melahirkan semangat kerjasama dalam kalangan warga MDKpr. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, AMP., PPT., Yang Dipertua MDKpr. Turut hadir Puan Siti Azura Binti Hj. Juki, AMP. dan Ahli Majlis MDKpr. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, bantuan dan kerjasama dalam menjayakan Hari Keluarga ini.
Klik
SINI untuk gambar (Part 1)
Klik
SINI untuk gambar (Part 2)