PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN SEMAK SAMUN & CEGAH DENGGI DI JALAN TEMBELIAN, MAMBANG DIAWAN
26 Julai 2023 - Majlis Daerah Kampar dengan kerjasama pejabat YB ADUN Malim Nawar dan Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB) telah mengadakan Program Gotong-Royong Kebersihan Semak Samun dan Cegah Denggi di Jalan Tembelian, Kg Baru Mambang Diawan. Kehadiran YB Shasha Veraiah, selaku ADUN Malim Nawar danpenglibatan anggota dari agensi kerajaan lain seperti APAM, RELA, Ketua-ketua Kg Mambang Diawan dan anggota Majlis Daerah Kampar telah membersihkan kawasan longkang yang dipenuhi semak samun dan tersumbat.
Program CSR yang diadakan ini merupakan langkah yang diambil oleh pihak Majlis untuk membersihkan semak samun yang dibiarkan tumbuh atas tanah yang tiada lot pemilikan dan di luar kawasan selenggara pihak konsesi PEISB.
Pihak Majlis mengajak semua penduduk setempat hadir bersama-sama dalam menjayakan program gotong-royong seumpama ini selain menyokong aspirasi Malaysia Madani yang digagaskan oleh pihak kerajaan.
Sepakat Bersama Warga Kampar
#jomgotongroyong
#jagakebersihan
#kamparbersihharmoni
#kpkt