MD KAMPAR MEMENANGI NAIB JOHAN PERTANDINGAN (SCIENTIFIC POSTER PRESENTATION ) DI PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN
17 Okt 2023 - Majlis Daerah Kampar telah memenangi Naib Johan dalam Pertandingan Saintifik Pembentangan Poster bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Persidangan Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan di Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman, Terengganu. Projek bertajuk Tipping Fee Integrated Tools (TFiT) telah dibentangkan oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, selaku ketua kumpulan 1-STEP berjaya memperoleh kemenangan dalam pertandingan kali ini.