24 Oktober 2023 - Satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Tapah di Dewan Seminar, Hotel De Cassia, Kampar bagi melaksanakan Operasi Bersepadu Haiwan Merayau antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Memorandum Operasi Bersepadu Haiwan Merayau antara PBT ini telah ditandatangani oleh Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua Majlis Kampar, AMP., PPT., Tuan Mohamad Razif bin Ramli, AMP., Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah dan Tuan Haji Ahmad Roslan bin Mohamed Nazir, C.A(M), Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah. Majlis ini turut dihadiri bersama Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan Puan Mufidah binti Mahfodz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perak bagi menyaksikan majlis tandatangan memorandum tersebut.