Berita / Aktiviti


Lawatan Pasukan Inspektorat Bagi Pengauditan Pensijilan Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Lawatan Pasukan Inspektorat Bagi Pengauditan Pensijilan Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 3 dan 4 Oktober 2023

Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menerima kunjungan Pasukan Inspektorat bagi Pengauditan Pensijilan Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dihadiri oleh Puan Nor Husna binti Idris, Penolong Setiausaha Kerajaan dan Puan Nur Dalila binti Mastor, Penolong Pegawai Penerangan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Objektif Pelaksanaan Program EKSA adalah untuk menambahbaik persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti semua warga kerja MDKpr. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan pembaziran sumber, ruang masa dan tenaga serta menambahbaik imej korporat dengan meningkatkan semangat berpasukan bagi mencapai Visi dan Misi EKSA MDKpr.

Semoga MDKpr komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui pensijilan ini.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768