KERJA – KERJA PEMBERSIHAN DI GERAI PENJAJA TAMAN KINTA
KERJA – KERJA PEMBERSIHAN DI GERAI PENJAJA TAMAN KINTA
06 November 2023 - Pembersihan awam oleh anggota-anggota Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) di Gerai Penjaja Taman Kinta telah dijalankan meliputi pembersihan siling, lantai, longkang dan persekitaran gerai Majlis.
Kerjasama daripada penduduk Kampar amat diharapkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan menggunakan kemudahan awam yang disediakan demi keselesaan semua.
Pemilik premis perniagaan juga diseru dan diwajibkan menyediakan tong sampah persendirian di setiap premis masing-masing dan menyedia perangkap sisa makanan mengikut kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak