15 Ogos 2023 - Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, AMP. PPT., Yang Dipertua MDKpr telah merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MDKpr bertempat di Perkarangan Lobi, Pejabat Kompleks Pentadbiran. Ia turut dihadiri oleh Puan Siti Azura binti Juki, AMP., Setiausaha Majlis, Ahli- Ahli Majlis, Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan warga kerja MDKpr.
MDKpr telah mengeluarkan notis pemasangan bendera kepada premis-premis perniagaan serta pemasangan Jalur Gemilang di jalan-jalan utama dan sekitar bandar Kampar. Dengan bertemakan "Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" pada tahun ini, diharapkan agar semangat patriotisme di kalangan penduduk Daerah Kampar dipertingkatkan demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.