Berita / Aktiviti


PROGRAM GOTONG ROYONG KENDIRI DI INDIAN SETTELMENT, MALIM NAWAR

INOVASI INTEGRATED WASTE WITH BRIDGE IWWB@MDKpr MEMENANGI TEMPAT KE-18 PERTANDINGAN INOVASI MALA 2.0: PIALA YB MENTERI KPKT 2022-2023

24 Jun 2023 Sabtu - Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Inovasi Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2.0: Piala YB Menteri Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berlangsung dengan penuh gemilang dalam acara yang sama dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MALA ke -22.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka bertempat di Hotel Hatten Melaka. Majlis Daerah Kampar telah mendapat tempat ke-18 daripada 69 kumpulan inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah bertanding iaitu menerusi :

✴️Kumpulan 1-STEP : Inovasi Integrated Waste With Bridge IWWB@MDKpr.

Kumpulan menerima hadiah geran KPKT berjumlah RM30,000.00 dan wang tunai RM500.00.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kali kedua dalam pertandingan seumpama ini melalui Kumpulan Mind Power dengan inovasi Car Pro Line. Tahniah diucapkan pada kumpulan 1-STEP. Semoga kejayaan ini memberi impak positif terhadap penyampaian dan perkhidmatan MDKpr selaras dengan harapan pengurusan tertinggi yang ingin terus membudayakan inovasi melalui tagline
KAMPAR BERINOVASI.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768