Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP). Sebagai agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab di dalam mengawal selia, menggalak, menyelaras, memudah cara dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah di Negeri Perak khususnya perumahan awam dan rumah mampu milik. Adalah diharap laman sesawang ini menjadi salah satu saluran penyebaran maklumat dan sumber rujukan penting kepada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam.

Semoga dengan maklumat-maklumat yang tersedia di laman sesawang ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai yang berurusan dengan LPHP. Di samping itu, laman sesawang ini juga berfungsi sebagai medium untuk mempromosi dan memberi publisiti kepada program-program yang dilaksanakan oleh LPHP khususnya yang berkaitan dengan pembangunan Rumah PerakKu dan rumah mampu milik.

Sesuai dengan aspirasi kerajaan untuk menaik taraf kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, sebarang pandangan dan cadangan membina daripada pengunjung laman web ini amatlah dialu-alukan.

Salam hormat daripada saya dan selamat melayari laman sesawang LPHP.

YBrs. Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan P.M.P.

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

Pusat Panggilan

05-5265 588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 4.30 petang)
(*Kecuali Cuti Umum Perak)

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Cawangan UTC

No. 40 & 42, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak


© 2023 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak