
PENGENALAN

PENSIJILAN

PERMOHONAN

SEMAKAN

SENARAI PESERTA

HUBUNGI
Elemen Amalan Ladang Baik
7 elemen yang termaktub di dalam piawaian Malaysian Standard Crop Commodity - Good Agricultural Practices (MS 1784:2005):
1. Rekod Penyimpanan
Aktiviti penyimpanan dan pengeluaran tanaman haruslah direkod dari maklumat sumber tanaman sehingga ke pasaran. Pembungkusan produk haruslah mengandungi maklumat jenis tanaman, nama dan alamat sumber tanaman.
2. Jenis Tanaman
Pemilihan tanaman yang tepat haruslah mengikut kesesuaian kawasan tanaman dan mengikut permintaan dan mengikut piawaian yang ditetapkan.
3. Racun Serangga
Penyemburan racun serangga haruslah mengikut ketetapan piawaian yang mana buah yang disembur hanya boleh dijual jika keadaan buah itu mencapai jangka masa yang selamat untuk dimakan. Setiap racun serangga haruslah didaftar di bawah Jawatankuasa Racun Serangga Malaysia.
4. Kesihatan Pekerja
Kesihatan pekerja adalah perkara yang kritikal yang harus diberi keutamaan. Pekerja haruslah dilatih dalam keadaan kesihatan yang baik.
5. Latihan Penuaian
Penuaian yang sempurna seperti penggunaan bekas untuk menuai/mengambil sayur dan memastikan sayur tidak terkena tanah ketika dipetik.
6. Pengairan
Air adalah perkara yang paling utama untuk tanaman dan juga pembersihan alatan penanaman. Oleh itu air haruslah bersih dan terjaga.
7. Pembajaan Tanah
Peladang harus memastikan keadaan tanah, jenis produk pengeluaran dan kegunaan tanah sebelum ini haruslah direkod bagi memastikan tanah yang diguna pakai dalam keadaan yang sempurna