Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua PBT untuk menubuhkan Unit Pusat Setempat atau One Stop Center. Ianya bertujuan mempercepatkan proses kelulusan pelan bangunan dan Sijil Layak Menduduki(CFO).Kaunter OSC telah mula beoprasi pada 1 hb Januari 2004. Kaunter ini berperanan menerima setiap permohonan pembangunan tanpa perlu berurus dengan banyak kaunter. Konsep ini akan memudahkan para pelanggan membuat urusan dengan Pihak Majlis.
Fungsi OSC
Membantu pemohon dalam mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan CFO.
Menyelaras, mengawal dan memantau proses kelulusan bangunan dan CFO.
Melapor status OSC kepada KPKT dan Kerajaan Negeri.
Membuat analisa dan cadangan penambahbaikan.
Permohonan serentak, tukar syarat dan tukar sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jaln dan parit.
Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta jalan dan parit.
Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang.
Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang serta pelan bangunan.
Permohonan kebenaran merancang.
Permohonan pelan bangunan.
Permohonanpelan kerja tanah.
Permohonan pelan jalan dan parit.
Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC.
Pengeluaran laporan tidakkepatuhan sistem CCC dan;
Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan penambahan kecil.
Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran tentang undang-undang dan peraturan MPTI;
Mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni antara masyarakat dan MPTI; dan
Mewujudkan pasukan penguatkuasa yang berintegriti.
Fungsi
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan MPTI melalui tindakan-tindakan berikut :-
Pemantauan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti yang dibenarkan di bawah Akta, Undang-Undang Kecil serta Peraturan yang digunapakai oleh Majlis;
Pemeriksaan lesen dan permit dari semasa ke semasa;
Mengeluarkan notis/kompaun;
Mengambil tindakan rampasan dan sitaan;
Menerima, memproses dan mengeluarkan lesen anjing;
Mengurus dan menerima tuntutan barang rampasan dan sitaan;
Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan aduan-aduan awam berkaitan dengan penguatkuasaan;
Menguruskan rekod kompaun dan menyediakan kertas siasatan kes mahkamah; dan
Menyokong permohonan pengesahan tempat letak kenderaan perdagangan.
Piagam Pelanggan
Memastikan penerimaan aduan awam direkod dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan siasatan serta tindakan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
Meluluskan permohonan lesen anjing yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) minit;
Menyokong permohonan pengesahan tempat meletak kenderaan perdagangan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
Menghantar Notis Pembaharuan Lesen Anjing selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh tamat lesen; dan
Memastikan barang rampasan/sitaan yang dituntut oleh pemilik diserahkan dalam masa satu (1) hari bekerja selepas memenuhi syarat-syarat tuntutan.
Komitmen Penguatkuasa
Ke arah mencapai visi serta objektif Bahagian Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang serta peraturan, kami akan :
Sentiasa Berusaha Untuk Memberi Perkhidmatan Dengan Adil, Cekap dan Amanah Serta sentiasa Berpegang Teguh Kepada Etika Perkhidmatan Awam
UNIT LETAK KERETA
Objektif
Memastikan pengurusan Sistem Letak Kereta di bandar Teluk Intan teratur dan selesa kepada orang awam di samping dapat meningkatkan hasil Majlis.
Fungsi
Mengurus dan menyediakan sistem letak kereta di bandar Teluk Intan.
Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang gagal mematuhi Undang-undang Kecil Letak Kereta dan peraturan yang telah ditetapkan.
Menguruskan penerimaan semua kutipan hasil daripada pembayaran letak kereta dan bayaran kompaun letak kereta.