Terletak bersebelahan Jalan Besar IPOH – KL, perjalanan mengambil masa kira-kira 8 minit daripada Plaza Tol Tanjong Malim menjadikan lokasinya mudah diakses oleh orang ramai. Restoran berkonsepkan hipster ini menjadi tumpuan terutamanya bagi golongan remaja dan kumpulan permotoran (hujung minggu) dengan tarikan yang disediakan antaranya persembahan artis dan busking.
Istimewanya disini terdapat pelabagai jenis vendor yang menyajikan pelbagai masakan kampung, makanan barat, makanan laut, masakan korean dan pencuci mulut.
Menu popular: Masakan makanan laut (shellout) dan makanan ‘viral’.
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (bermula jam 11.00 pagi – 12.00 pagi)
Restoran ini boleh memuatkan seramai 200 pax dalam satu-satu masa. Turut disediakan ruang tempat kereta yang luas, surau dan tandas.
Pakej yang disediakan: -
Pertanyaan
Alamat: No 61 Jalan Douglas Kg. Kubu, 35900 Tanjong Malim, Perak (3.6919461139144256, 101.52160707561937)