Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


13 OGOS – Yang Dipertua Majlis telah menyempurnakan program Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan yang diadakan secara ringkas di perkarangan Majlis. Tuan Helmi Bin Yusof @ Jusoh, Yang Dipertua Majlis menyampaikan Bendera Jalur Gemilang kepada Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis sebagai simbolik program dan seterusnya penyampaian bendera kepada Ketua-Ketua Jabatan Majlis dan melekatkan bendera di kenderaan jabatan. Pihak Majlis juga turut mengedarkan bendera kepada seluruh anggota kerja pada tahun ini. Yang Dipertua Majlis juga menyeru seluruh masyarakat supaya mengibarkan jalur gemilang di kediaman dan premis masing-masing terutamanya premis-premis perniagaan bagi menunjukkan rasa cinta dan semangat patriotisme kepada negara.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/10/23 • Jumlah Pelawat : 21286928