Seksyen 146, akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) :
" Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu... "
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu presmis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.
Pembayaran
2 kali setahun pada :
a) 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun; dan
b) 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Semak dulu dengan MDTM nama pemilik dan tunggakan cukai pintunya.
Isi borang I/J untuk pindah milik nama dalam nama senarai nilaian daripada pemilik asal (penjual) kepada pemilik baru (pembeli) di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Jika gagal berbuat demikian, anda boleh dikenakan denda RM 2,000.00 @ 6 bulan penjara @ kedua - dua sekali.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.
Hasil cukai pintu yang dikutip dipulangkan balik kepada warga Majlis Daerah Tanjong Malim dalam bentuk:-
a)Penjagaan kebersihan Bandar Tanjong Malim
b)Pembelanjaan kutipan sampah
c)Pembinaan parit dan longkang
d)Penyediaan dan penyelenggaraan tempat awam seperti pasar, taman permainan kanak-kanak, lampu jalan dan lain-lain kemudahan awam.
Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA