Terletak berdekatan Jalan Besar KL – IPOH, perjalanan mengambil masa kira-kira 7 minit daripada Plaza Tol Tanjong Malim menjadikan lokasinya mudah diakses oleh orang ramai. Kini, cawangan restoran ini turut terdapat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI yang jaraknya sekitar 13 minit perjalanan daripada café sedia ada.
Cafe berkonsepkan ala-ala hipster ini menyajikan masakan makanan barat (western), kampung melayu dan pelbagai snek yang dihidangkan didalam bekas ‘bowl’. Yang menariknya harga ditawarkan adalah RM1.70 bagi satu bekas.
Menu popular: Nasi minyak ayam masak merah, Ubi rebus + sambal bilis. Selain itu, terdapat lebih 40 jenis menu yang ditawarkan disini.
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat) (bermula jam 10.30 pagi – 10.00 malam)
Restoran ini boleh memuatkan seramai 150 pax dalam satu-satu masa. Turut disediakan kemudahan tandas.
Pakej yang disediakan: -
Pertanyaan
Alamat: No 13 Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa, Tanjung Malim, Perak (3.69031624489868, 101.52273514299392)