Unit Audit Dalam

Jabatan Audit Dalam Majlis Daerah Tapah diwujudkan mulai 01 Januari 2010 adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawalan dalaman majlis sentiasa dipertingkatkan dengan membuat beberapa penilaian serta kajian ulangan ke atas operasi-operasi dan rekod-rekod Majlis.

Jabatan ini adalah satu unit berasingan yang ditubuhkan di bawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Agensi bermaksud Tuan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis.

  • VISI

    Untuk menjadi penyumbang utama ke arah meningkatkan keberkesanan proses tadbir urus serta pengurusan kewangan yang berkauntabiliti.

  • MISI
    Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas bagi mencapai visi untuk meningkatkan keberkesanan proses tadbir urus serta akauntabiliti dalam pengurusan kewangan di Majlis Daerah Tapah.

Fungsi Audit Dalam


  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar undang undang peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat cekap dan berkesan
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan penipuan dan penyelewengan
  • Memberi khidmat nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk ICT
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan untuk kelulusan pihak Pengurusan

Aktiviti


  • Mengkaji keboleh percayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • kerja, penyeliaan secara berterusan yang dijalankan oleh pihak pengurusan.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dan dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Menguruskan Sistem Penarafan Bintang dan ISO MS 9001:2015 Majlis Daerah Tapah
  • Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan:
     Menguruskan Failing mengikut kriteria
     Mesyuarat Pemantauan SPB-PBT
     Pengauditan SPB-PBT
     Penyelia sepanjang audit SPB-PBT oleh KPKT

  • ISO MS 9001:2015
     Mengurus Pelantikan Konsultan
     Mengurus Kursus/Bengkel ISO

  • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan dan program Audit Dalam
     Jadual Rancangan Audit Tahunan hendaklah disediakan berasaskan keutamaan audit.
     Sebarang perubahan yang ketara daripada jadual yang telah diluluskan perlu dimaklumkan kepada Ydp.

  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam
    pandangan untuk pembaikan atau peningkatan dan menambah nilai.
     Tindakan susulan telah diambil di atas penemuan-penemuan audit yang penting.
     Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit.
     Perancangan kerja-kerja audit.
     Halangan-halangan yang dihadapi dalam melaksanakan auditan


Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558