Membantu melaksana dan memantau pelaksanaan dan fungsi jabatan perancangan pembangunan dan landskap sejajar dengan peruntukan undang-undang, dasar dan garispanduan yang dikuatkuasakan bagi membolehkan agensi menjalankan urusan dengan cekap dan berkesan.
Fungsi Jabatan
Mengenalpasti dan mengadakan lawatan tapak serta melaksanakan kerja penyelenggaraan bagi menguruskan aduan awam (melalui Sistem SiSPAA, datang sendiri,melalui telefon dan aduan bertulis).
Mengenalpasti, merancang dan merekodkan semaian anak pokok serta menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan di tapak semaian Unit Landskap.
Mengenalpasti, merancang dan merekodkan aset hidup serta menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala.
Mengenalpasti, merancang dan menjalankan kerja penyelenggaraan kawasan rekreasi dan kawasan taman permainan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tapah.
Mengadakan lawatan tapak dan mengeluarkan ulasan kepada pemaju/perunding terhadap permohonan pelan Landskap yang diterima melalui Unit Pusat Setempat (OSC).
Mengenalpasti, merancang dan menjalankan kerja-kerja landskap di kawasan seliaan Majlis Daerah Tapah.
Mengenalpasti dan mengadakan lawatan tapak serta melaksanakan kerja penyelenggaraan bagi menguruskan aduan awam (melalui Sistem SiSPAA, datang sendiri,melalui telefon dan aduan bertulis).
Bertanggungjawab dalam menyelia pekerja-pekerja am landskap
Bertanggungjawab untuk bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dalam Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Landskap.
Bertanggungjawab untuk permohonan tanah kerajaan bagi tujuan rezab (kawasan lapang, dewan orang ramai, dan sebagainya) serta tanah untuk tanah milik yang berdaya maju kepada MDT.
Menyelaras unit GIS, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 172, membantu memberi input dan semakan terhadap kajian perancangan yang berkaitan.
Bertanggungjawab memberi ulasan, semakan pelan dan input perancangan terhadap pematuhan pelan-pelan serta laporan.
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan rekabentuk landskap, kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan landskap serta semakan permohonan pelan landskap yang diterima daripada pemaju melalui OSC.
Aktiviti
Permohonan Kebenaran Merancang (Melalui OSC)
Permohonan Pelan Bangunan (Melalui OSC)
Permohonan Pelan Pinta Ukur (Melalui OSC)
Permohonan Tanah, Penyatuan Tanah, Pecah Bahagian (Melalui Pentadbir Tanah) Dan Pelan Susunatur (Melalui JPBD Negeri Perak)
Permohonan Pewartaan Kawasan Lapang
Kajian Rancangan Tempatan Dan Rancangan Kawasan Khas