Memberi perkhidmatan yang cekap dan bersistematik dalam proses-proses memperolehi Kelulusan Pelan bangunan,Sijil Layak Menduduki dan Permit mengikut tempoh yang dibenarkan dalam akta dan dasar majlis / kementerian.
Merancang dan mengawal projek-projek pembangunan agar mencapai suatu Output yang berkualiti dan memberi faedah kepada masyarakat setempat untuk memperolehi suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera.
Memastikan setiap perancangan pembangunan adalah teratur mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi melahirkan suasana persekitaran yang ceria dan indah