Jabatan Khidmat Pengurusan

VISI

MENJADIKAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN ADALAH NADI DAN PENGGERAK UTAMA PENTADBIRAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG

MISI

SENTIASA MENJAGA KEBAJIKAN ANGGOTA MAJLIS DAERAH TAPAH

Piagam Pelanggan
  • Memproses permohonan dan pinjaman perumahan ke Jabatan Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengeluarkan surat pengesahan perubatan (guarantee letter) dalam tempoh 20 minit.
  • Mengedar surat-surat yang diterima ke Jabatan-Jabatan dalam tempoh 1 hari.
  • Urusan Pencen yang bersara wajib diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
  • Mengedarkan aduan dalam tempoh 2 hari kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.
  • Memastikan 95% daripada kakitangan menghadiri latihan selama 7 hari setahun.
Peranan Dan Tanggungjawab
  • Proses pengambilan dan pelantikan warga kerja MDT
  • Menyelaras peperiksaan perkhidmatan penilaian kecekapan dan kursus induksi
  • Menyelaras proses tindakan tatatertib
  • Menyediakan senarai perjawatan tahunan dan anggaran perbelanjaan perjawatan kakitangan
  • Memproses persaraan kakitangan Majlis Daerah Tapah
  • Menyelaras aktiviti mesyuarat dalaman dan luaran serta maklumbalas mesyuarat
  • Menyelenggara kemudahan-kemudahan perkhidmatan kepda warga kerja berdasarkan peruntukan dalam perintah-perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perbandaran dan lain-lain keputusan serta surat pekeliling Kerajaan
  • Menyelaras maklumat-maklumat perkhidmatan dan pengurusan sistem rekod dalam pengurusan sumber manusia dan pentadbiran pejabat
  • Memastikan setiap warga kerja Majlis Daerah Tapah dapat memasukkan maklumat peribadi dalam sistem HRMIS
  • Mengambil tindakan disiplin kepada warga kerja yang melanggar Kaedah-Kaedah Pegawai (Majlis Daerah Tapah) (Kelakuan dan Tatatertib) 1988.
  • Memastikan warga kerja MDT mengisytiharkan harta masing-masing.
  • Menguruskan semua urusan penyewaan dewan, gelanggang dan peralatan Majlis.
  • Mengendalikan aduan-aduan awam untuk diedarkan ke Jabatan-jabatan yang berkenaan.
Fungsi Utama
  • Mengendalikan segala urusan pengurusan sumber manusia
  • Menyelaras semua mesyuarat di peringkat Majlis.
  • Pengurusan aduan awam
  • Menyelaras program bagi acara-acara rasmi dan tidak rasmi.
  • Menguruskan pengurusan sewaan dewan, gelanggang dan peralatan Majlis.
Objektif

Menentukan pengurusan perkhidmatan dan pengurusan
sumber manusia dilaksanakan dengan cemerlang dan
berterusan menjadikan warga MDT insan yang bermaklumat,
progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu-padu.

 


Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558