Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Fungsi

Merangkumi Pengurusan Kakitangan, Rekod dan Pasca Perkhidmatan.
Pengurusan Kakitangan

Mengurus pelantikan dan penempatan kakitangan. Seksyen ini juga menguruskan perkhidmatan yang melibatkan permohonan peletakan jawatan, kebenaran lawatan ke luar negara. Urusan tanggung kerja dan lain-lain. Seksyen ini juga menyemak dan menerima pakai  pekeliling dan arahan-arahan jabatan, menguruskan pembiayaan perubatan, urusan cuti dan urusan menduduki rumah kerajaan. Ia juga menguruskan kakitangan yang telah memenuhi syarat pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen. Perlanjutan tempoh percubaan dan lain-lain tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan.

Pengurusan Rekod

Menguruskan buku rekod perkhidmatan iaitu Buku Am 274 ianya merekodkan maklumat peribadi,perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam. Urusan rekod fail peribadi dan fail-fail sulit.

Pengurusan Persaraan
Menguruskan persaraan semua anggota. Memproses dokumen pencen persaraan untuk anggota yang bersarawajib, bersara pilihan sendiri, pencen terbitan (meninggal) dan persaraan atas sebab kesihatan. Dokumen persaraan bagi anggota yang bersara wajib akan diproses empat bulan sebelum bersara.
Pengurusan Tatatertib
Pengurusan Tatatertib adalah satu komitmen kerajaan untuk memastikan semua kakitangan kerajaan mematuhi semua peraturan dan prosedur serta tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Kaedah-Kaedah Pegawai Awam (Majlis Daerah Kampar) (Kelakuan dan Tatatertib) 2014. Pelan Perancangan Pengurusan Tatatertib menetapkan Lembaga Tatatertib akan bersidang sebanyak 4 kali setahun bagi membuat keputusan mengenai salahlaku pegawai dan kakitangan.
Pengurusan Kenaikan pangkat.
Pemberian kenaikan pangkat kepada pegawai dan kakitangan adalah sebagai suatu motivasi kepada pegawai dan kakitangan supaya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Pengurusan Perisytiharan Harta
Majlis Daerah Kampar menetapkan bahawa semua pegawai dan kakitangan dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis segala harta yang dimiliki sama ada oleh dirinya, suami atau isteri, anak atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak dirinya atau bagi pihak isteri atau suami atau anaknya dalam tempoh lima tahun sekali. Semakan akan dibuat dari masa ke masa.
Pengurusan Perjawatan

Penstrukturan semula perjawatan adalah untuk meningkatkan  Pengstrukturan semula ini bergantung kepada kelulusan JPA. Peranan unit ini adalah untuk mengkaji dan seterusnya mengemukakan kelulusan daripada JPA. Keperluan untuk penyusunan semula organisasi bergantung  kepada :
               • Keputusan kerajaan;
               • Perubahan objektif organisasi;
               • Pertambahan/pengurangan fungsi dan tanggungjawab organisasi;
               • Pertambahan/pengurangan program atau aktiviti;
               • Perpindahan program atau aktiviti ke luar/dalam organisasi; dan
               • Pertambahan/pengurangan beban/kompleksiti tugas.

Pengurusan HRMIS

HRMIS adalah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai(Competency Owner) sehingga pegawai bersara. Objektifnya membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap.Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia.

Pengurusan Latihan
Memastikan keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam tercapai iaitu menyediakan keperluan latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun bagi lebih 200 pegawai dan kakitangan MDKpr. Bertanggungjawabbagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberi penekanan secara berterusan terhadap pembangunan modal insan dan meningkatkan kompetensi kakitangan sektor awam dicapai sepenuhnya. Merancang, mengatur dan menguruskan kursus, bengkel, seminar yang dianjurkan sendiri secara dalaman dan menggalakkan pegawai dan kakitangan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi.

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/05/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558