LOKASI BAZAR RAMADAN MAJLIS DAERAH SELAMA (MDS) 2023
Pada tahun ini, dua Bazar Ramadan telah disediakan oleh MDS untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan ;
i. Dataran Selama (lokasi biasa di belakang Pejabat MAIPk, Selama)
ii. Dataran Sungai Kerian (tapak pasar malam hari Sabtu)
(Nota : Tapak di Dataran Sg Kerian masih berbaki dan boleh dipohon melalui Unit Pelesenan MDS)
Jemput mai untuk sokong peniaga-peniaga kita. Mula beroperasi selepas jam 3.00 petang setiap hari sepanjang Ramadan.
Sebagai peringatan kepada peniaga dan pembeli ;
i. Jaga kebersihan dan mohon jangan buang sampah merata-rata ;
ii. Jaga solat. Kemudahan surau disediakan ;
iii. Parkir molek2 kenderaan na.. Elak jadi halangan dan punca kesesakan.
Terima Kasih تريما كاسيه
Ramadan Kareem !
MAJLIS DAERAH SELAMA
23.03.2023