Aktiviti & Berita

PERKONGSIAN SEBELUM KHUTBAH JUMAAT 16 RAMADAN 1444H

22 June 2023

16 RAMADAN 1444H

Sekalung penghargaan buat Masjid Ar-Rashdiah, Selama yang memberikan peluang kepada MAJLIS DAERAH SELAMA untuk mengisi slot perkongsian agensi kerajaan 30 minit sebelum Khutbah Jumaat pada 7 April 2023.

Perkongsian Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, AMP., Yang Dipertua MDS ketika slot berkenaan adalah seperti berikut ;

1. Menyampaikan penghargaan Terima Kasih di atas kerjasama yang baik daripada warga Selama dalam menerima pelaksanaan bayaran parkir secara berperingkat yang telah dikuatkuasakan mulai Januari 2023 ;

2. Menyentuh tanggungjawab penternak haiwan dan memberikan taklimat berkaitan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan anjing liar dan haiwan merayau, termasuk keputusan MDS dalam menyediakan 40% insentif hasil sitaan kepada masyarakat Selama yang membantu secara rakan strategik ;

3. Kesedaran berkaitan tanggungjawab bersama dalam MENJAGA KEBERSIHAN persekitaran Selama yang dicintai, termasuk kebertanggungjawaban untuk membuka kembali bunga manggar/banting kenduri yang dipasang daripada membiarkan ianya mereput di simpang-simpang jalan ; dan,

4. Mengalukan pesanan Pejabat Agama dalam mengingatkan agar berbelanja dengan berhemat dan tidak membazirkan makanan dalam menyediakan juadah berbuka puasa / sahur.

Semoga perkongsian yang disampaikan bermanfaat utk jemaah khasnya dan warga Selama amnya, Inshaa-Allah.

Pokok kayu daun selasih
Thank You, Terima Kasih ! تريما كاسيه

MAJLIS DAERAH SELAMA
9.04.2023

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558