Syukur الحمدلله
Majlis dimulai dengan bacaan surah Yassin bagi mendoakan kesejahteraan dan agar dipermudahkan segala urusan dalam perkhidmatan.
Pencapaian 2022 juga disingkap sebagai penghargaan kepada anggota yang terlibat :
1. Pencapaian 5 Bintang Sistem Penarafan KPKT 2022
2. Johan Anugerah Inovasi PBT Perak 2022
3. Johan dan Naib Johan Inter PBT Perak Selama Rafting Challlenge 2022
4. Naib Johan PBT Perak Pengumpulan E-Waste Mengikut Populasi Penduduk sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022
5. Kelima Festival Koir Antara PBT Negeri Perak 2022
Sekalung TAHNIAH sahabat2, Allah jua yang akan membalas segala komitmen kalian.
Ikut Resmi Padi, pesan Tuan Yang Dipertua pada petang berkenaan.
Yang lepas jadi sejarah, cabaran hadapan menanti.
Semoga prestasi perkhidmatan dapat terus kita tingkatkan untuk kebaikan masyarakat di Selama.
Majlis turut meraikan sambutan hari lahir dan diakhiri dengan Salam Ukhuwwah antara semua anggota.
MAJLIS DAERAH SELAMA
#infomdselama