Aktiviti & Berita

PERGINYA SEORANG RAKAN STRATEGIK PELANCONGAN MDS

23 June 2023

Innalillahhiwainnailaihiroji'un. Majlis Daerah Selama (MDS) ingin merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Abdul Wahab bin Hassan yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi atas asbab serangan jantung.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Din Komando, merupakan antara Rakan Strategik Pelancongan MDS (RSP-MDS) yang begitu komited bekerjasama dengan MDS dalam memajukan sektor pelancongan di Selama.

Galeri Keris Allahyarham di Bagan Baru bersama perusahaan membuat sarung keris / parang antara lokasi yang sering dikunjungi dalam pakej lawatan RSP-MDS.

Sumbangan penglibatan terakhir beliau adalah pada 14 & 15 Mac yang lalu ketika bersama-sama menyantuni lawatan delegasi daripada Medan dan Acheh dalam Program bersama Tourism Malaysia Medan di Selama.

Semoga segala sumbangannya menjadi asbab kebaikan dan diangkat sebagai amal Ibadah dan didoakan agar rohnya dicucuri rahmat di kalangan para solehin.

MAJLIS DAERAH SELAMA
17.03.2023

#infoselama
#selamatourism

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558