Setelah kunjungan kali pertama ke Selama pada Januari 2023, sekali lagi Tourism Malaysia Medan menerbangkan kali ini dengan usaha sama Firefly seramai 12 orang delegasi pemain industri pelancongan dan media daripada Medan dan Acheh, Indonesia ke Selama pada 13 – 15 Mac 2023. Program bertujuan untuk meninjau potensi ekopelancongan di Selama untuk diterokai sebagai destinasi pelancongan yang baru.
Majlis Perasmian telah disempurnakan di Selama INN (Rumah Rehat Selama) pada 14 Mac 2023 oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama. Selain melancarkan tawaran pakej harga istimewa, beliau turut menyaksikan pertukaran profail senarai Rakan Strategik Pelancongan MDS (RSP-MDS) yang diwakili oleh Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS dengan profail senarai agen pelancongan di Medan yang diwakili oleh Bapak Erwin Lopolisa, Ketua Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) Sumatera Utara. Turut hadir ialah Puan Yusnita Yusof; Penolong Pengarah Tourism Malaysia Medan, Ahli Majlis MDS dan RSP-MDS.
Sepanjang 3H2M mereka di sini, para delegasi telah dibawa untuk merasai keistimewaan lokasi dan aktiviti pelancongan di Selama. Kita berharap pakej-pakej susulan akan kunjung tiba selepas ini.
Semoga segala usaha ini berterusan dan dipermudahkan untuk kebaikan bersama demi kelangsungan kegiatan pelancongan di Selama khususnya dan negeri Perak amnya.
" Waktu malam bersinar bintang
Hembusan bayu menikam sukma
Kami ucapkan Selamat Datang
Bapak ibu ke bumi Selama "
MAJLIS DAERAH SELAMA
17.03.2023
Pejabat Daerah dan Tanah Selama
#infoselama
#7lataselama
#tourismselama
#SelamanyaKampungku