Aktiviti & Berita

MAJLIS PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MDS SESI 2023/2024

24 June 2023

23.02.2023 (Jumaat)
Dewan Mesyuarat Aras 2

Seramai 17 orang Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Selama telah mengangkat sumpah penerimaan jawatan bagi lantikan berkuatkuasa 16.02.2023 - 15.02.2024 seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Lantikan dibuat berdasarkan Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Dalam ucapannya, Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali selaku Yang Dipertua MDS menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan sebagai satu pasukan. Antaranya :
- pengukuhan prestasi ;
- empati dalam menangani aduan ;
- keutamaan dalam isu kebersihan dan haiwan merayau seperti yang selalu dibangkitkan penduduk, serta ;
- potensi ekopelancongan di Selama untuk dimanfaatkan oleh warga Selama.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Mustofa bin Aliman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama dan wakil-wakil rakan agensi.

Semoga Daerah Kecil SELAMA terus maju dipacu dengan acuan kita sendiri supaya dapat duduk sama tinggi, berdiri sama rendah seperti daerah lain di negeri Perak, Inshaa-Allah.

MAJLIS DAERAH SELAMA
24.02.2023
#infomdselama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558