Aktiviti & Berita

MAJLIS DAERAH SELAMA KELIMA ANUGERAH INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah.
Terima Kasih تريما كاسيه  ALLAH
Inovasi Rakan Strategik Pelancongan (RSP-MDS) terus diiktiraf. Ianya kali ini di peringkat kebangsaan apabila diumumkan sebagai pemenang di tempat KELIMA dalam Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2022-2023 anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Pertandingan akhir telah berlangsung pada 8 hingga 9 Februari 2023 di Dewan Kristal KPKT, Putrajaya melibatkan 30 pasukan daripada PBT (Majlis Bandaraya \ Majlis Perbandaran \ Majlis Daerah) seluruh Malaysia.

Sebelum itu, saringan awal antara 69 kumpulan telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 17-19 Jan. 2023.

Kemenangan ini melayakkan MDS menerima Geran KPKT (Projek) bernilai RM100,000 beserta piala iringan, wang tunai RM 500 dan sijil penyertaan.

Senarai penuh pemenang pada gambar di pautan berikut :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=494966979492824&id=100069385771952&mibextid=Nif5oz

Ini adalah pengiktirafan kedua kepada RSP-MDS setelah berjaya dinobat selaku JOHAN Anugerah Inovasi PBT Negeri Perak Tahun 2022 sebelum ini ; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=422740663370687&id=100069042705677&mibextid=Nif5oz

Tahniah Unit Pelancongan MDS @ Tourism Selama !
Sekalung penghargaan buat pihak Juri yang menghargai inovasi ini.
Terima Kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menyokong kami selama ini.

Semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus menyemarakkan ekopelancongan demi kebaikan sebuah daerah kecil yang istimewa bernama SELAMA.

MAJLIS DAERAH SELAMA
11.02.2023
#tourismselama
#7lataselama
#infoselama
#SelamanyaKampungku


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/09/2023 | Jumlah Pelawat : 4953558